Social
1K

5 kakitangan hospital direman SPRM

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) reman lima kakitangan sebuah hospital di negeri ini  bagi membantu siasatan komplot rasuah pengurusan jenazah.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, kesemua suspek dikatakan telah terlibat dalam kegiatan rasuah itu selama dua tahun bermula 2019.

Katanya, mereka ditahan pukul 3 petang semalam di pejabat SPRM Selangor selepas hadir memberikan keterangan.

“Mereka telah meminta dan menerima rasuah mencecah RM22,000 dalam tempoh dua tahun itu dari seorang ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital tempat suspek bekerja.

“Pengurusan itu melibatkan dari segi proses mandi, kafan dan solat kepada kesemua jenazah beragama Islam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu