Social
597

5 lelaki ditahan terbabit perarakan pengebumian ‘Geng 36’

Petaling Jaya – Polis menahan lima lelaki berusia 18 hingga 26 tahun selepas tular beberapa rakaman video memaparkan perarakan pengebumian mayat dengan kenderaan yang mempunyai lambang kongsi gelap, “Geng 36″.

Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar berkata, serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Balai Polis Brickfields di lima lokasi berbeza semalam.

“Seorang daripada lima suspek yang ditahan mempunyai satu rekod jenayah lampau bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa kereta dan sebuah motosikal, selain sejambak bunga yang digubah membentuk angka 36.

Anuar berkata, siasatan awal mendapati individu yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 28 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Ahad lalu, dan berkawan dengan suspek sejak kecil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas dua laporan dibuat oleh pegawai kanan polis berhubung rakaman video yang tular. – FMT

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu