Nation
52

5 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Lima lokaliti, masing-masing empat di Pahang dan satu di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad ini hingga 25 Sept, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata di Pahang, lokaliti terlibat ialah dua Perkampungan Orang Asli di Kuala Krau, Temerloh membabitkan Kampung Pasu dan Kampung Penderas, selain Pos Sinderut, Mukim Ulu Jelai di Lipis dan Felda Keratong 5 di Rompin, manakala di Sabah pula melibatkan Kampung Kopungit di Kota Kinabalu.

“Prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

Selain itu, Rodzi berkata beberapa lokaliti di Kelantan dan Sabah yang dikenakan PKPD pada 29 Ogos akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Kawasan terlibat di Kelantan ialah tiga lokaliti di Pasir Mas membabitkan Kampung Bayu Lalang, Mukim Pasir Mas, Kampung Banggol Kemian (sebahagian kampung), Mukim Pasir Mas dan Kampung Repek (sebahagian kampung), Mukim Gual Periok.

Di Sabah pula melibatkan Kampung Debut di Ranau dan Kampung Tindai Kolopis di Penampang, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu