Social
170

5 pelajar dipenjara kerana menipu

Beijing – Lima pelajar di China dipenjara selepas seorang daripada mereka mengambil kesempatan atas kesilapan teknikal sistem pesanan dalam talian untuk mendapatkan hidangan makanan percuma.

Selepas mendapatkan ayam secara percuma itu, mereka menjualnya semula kepada rakan, lapor Independent.

Media tempatan melaporkan seorang penuntut universiti dikenali sebagai Xu, 23, didakwa menipu syarikat itu untuk mendapatkan makanan percuma bernilai kira-kira RM38,000, sejak enam bulan lalu.

Ia selepas dia menemui kesilapan teknikal dalam satu aplikasi mudah alih.

Dia kemudian berkongsi rahsia itu dengan empat rakan lain dan mereka bersama-sama melakukan penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM90,630, sebelum mereka ditahan polis.

Xu dipenjara selama dua tahun enam bulan dan didenda kira-kira RM4,100, manakala rakan-rakannya dipenjara antara 13 bulan hingga dua tahun.

Pada mulanya, Xu menemui kesilapan teknikal pada aplikasi berkenaan secara tidak sengaja selepas mendapati dia dapat membeli makanan menggunakan baucar dari aplikasi restoran berkenaan.

Selepas itu, dia mendapati boleh menebus semula nilai baucar berkenaan dengan menggunakan aplikasi WeChat, menjadikan hidangan yang ditempah adalah percuma.

Sejak itu, dia mula berkongsi taktik berkenaan dengan rakan-rakannya.

Bukan itu saja, dia menjual makanan itu kepada rakan-rakan lain pada harga lebih murah tanpa mengeluarkan sebarang modal.

Selepas disoal siasat, Xu mengaku bersalah menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan hidangan ayam percuma dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakannya.

Mahkamah memberitahu, antara April hingga Oktober 2018, Xu menyebabkan syarikat itu kerugian RM38,000.

Kejadian itu tular di China dengan sebahagiannya berpendapat hukuman keras patut dikenakan.

, manakala yang lain menyalahkan kegagalan aplikasi berkenaan sebagai punca.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu