Nation
121

50.5% populasi rakyat Malaysia lengkap divaksin

Kuala Lumpur – Separuh daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia atau 50.5 peratus (16,492,295) kini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 64.1 peratus atau 20,943,582 daripada populasi keseluruhan pula, telah mendapat sekurang-kurangya satu dos vaksin.

Sebanyak 320,452 dos vaksin COVID-19 melibatkan 128,038 dos pertama dan 192,414 dos lengkap juga diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 37,392,241.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu