Social
71

50 rumah musnah dalam kebakaran

Tawau – Kira-kira 50 buah rumah di Blok 9, 10 dan 11 Kampung Titingan di sini musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Sukur Hatta berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 pagi sebelum 52 anggota dan pegawai bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati api sedang marak namun berjaya dikawal pada kira-kira 10.55 pagi.

“Pasukan bomba mengalami kesukaran mendapatkan sumber air dan terpaksa menggunakan air longkang selain pili bomba berada pada jarak 800 meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sukur berkata laporan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi pemadaman kebakaran turut dibantu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu