Nation
201

500 pakaian disumbangkan untuk Deepavali oleh DSK

Batu Caves, 31 Oktober ‘21- Lebih 500 pakaian baharu telah disumbangkan secara percuma kepada golongan wanita yang memerlukan sempena perayaan Deepavali oleh Dato N. Sivakumar, Pengerusi DSK dan Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di pekarangan Kuil Batu Caves, semalam.

Beliau turut berkata program ini adalah untuk membantu meringankan beban golongan yang terkesan akibat pandemik Covid ‘19.

Dato N. Sivakumar turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada Tan Sri R. Nadarajah, Pengerusi, Kuil Maha Mariamman Devasthanam untuk segala sokongan dan tunjuk ajar yang beliau telah berikan.

Ibu tunggal dari Selayang, Meenambal, 51, menyifatkan program amal berkenaan sebagai antara pendekatan terbaik dan mengucapkan terima kasih kepada Dato N. Sivakumar.

“Pakaian Punjabi suits dan tops disumbangkan melalui program ini memberikan peluang kepada saya yang telah hilang perkerjaan untuk turut sama meraikan perayaan Deepavali, kata Chellama, 32, dari Jalan Kuching. Beliau datang bersama anak perempuannya selepas mengetahui penganjuran program itu menerusi aplikasi WhatsApp, dan berjaya mendapatkan pakaian bersesuaian.

“Terima kasih kepada Dato N. Sivakumar yang sudi menyumbangkan pakaian ini,” katanya.

Sementara itu, Neelaveni, 56, dari Bandar Baru Sentul, berkata program berkenaan dapat membantu meringankan beban rakyat dan perlu diteruskan pada masa depan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu