Social
715

52 individu ditahan hadiri mesyuarat pertubuhan haram

Kuala Terengganu – Polis Terengganu menahan 52 individu termasuk enam wanita yang dipercayai menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 16 hingga 52 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini pada kira-kira 9 malam kelmarin.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek mengaku menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), yang modus operandinya menjalankan aktiviti tarik kereta yang tertunggak bayaran bank.

“Saringan awal ujian air kencing terhadap kesemua individu mendapati seramai enam orang positif dadah jenis metamfetamina manakala tiga daripada individu yang ditahan merupakan ketua pertubuhan terbabit dengan gelaran ‘Ayahanda.’

“Ketiga-tiga individu juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau seperti kekerasan dan narkotik,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Mohd Marzhuki berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu