Nation
96

53.5% populasi negara lengkap divaksin

Kuala Lumpur – Sebanyak 53.5 peratus atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di negara ini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66 peratus atau 21,573,348 pula menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335,” katanya.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 13 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dan 309 kes kematian tertunggak.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,124 kes, lapor  Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu