Nation
150

54.3% populasi Malaysia lengkap 2 dos vaksin Covid-19

Kuala Lumpur – Sebanyak 54.3 peratus atau 12,718,701 populasi di negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 18,121,392 orang atau 77.4 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 30,840,093 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 469,690 dos diberikan semalam dengan 159,792 adalah dos pertama manakala 309,898 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu