Social
212

54 dikompaun melepak atas jambatan

Klang – Seramai 54 individu masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 seorang kerana berkumpul dan melepak atas jambatan selepas berjoging di Jambatan Raja Muda Nala, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota pasukan penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan ke lokasi berkenaan jam 6 petang.

“Apabila tiba di lokasi aduan, polis mendapati ramai orang awam parkir kenderaan berdekatan tempat halangan batu dan berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun lalu.

“Semua individu yang dikenakan kompaun berumur lingkungan 17 tahun hingga 40 tahun.

“Siasatan juga mendapati, individu yang dikenakan kompaun terdiri daripada penduduk sekitar dan juga luar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 0.28 saat itu tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak malam tadi di mana kelihatan beberapa kereta polis serta orang awam berada di atas Jambatan Raja Muda Nala yang juga dikenali sebagai jambatan ketiga Klang. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu