Nation
145

56 kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan senarai terkini 58 kit ujian kendiri COVID-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kit ujian itu boleh didapati di farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan serta premis yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja.

“Orang awam dinasihatkan agar membeli kit ujian tersebut di fasiliti berkenaan sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap mengenai kit ujian tersebut di portal rasmi MDA di https://portal.mda.gov.my atau laman Facebook dan Instagram MDA, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu