Kuala Lumpur Post

Social

567 penumpang feri kandas selamat tiba di Langkawi

ALOR SETAR — Sebuah feri membawa 567 penumpang yang terkandas di beting pasir, selamat tiba di Langkawi pada 10.40 malam tadi.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Baharin Baharom, berkata kesemua penumpang terbabit dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Selamat sampai (feri) pada 10.40 malam tadi, katanya dalam satu kenyataan semalam, menurut Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan tiga feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri Kuala Kedah berikutan ombak kuat serta ribut.

Feri pertama iaitu pada 1.30 petang membawa 120 penumpang manakala feri kedua pada 2 petang membawa 149 penumpang dan sebuah lagi membawa membawa 410 penumpang pada 2.30 petang terpaksa berpatah balik demi keselamatan penumpang.

Ketiga-tiga feri terbabit dalam perjalanan dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi.

Selain itu, sebuah lagi feri iaitu dari Kuala Perlis ke Langkawi pada 2.30 petang membawa 567 penumpang dilaporkan tersangkut di tebing pasir kira-kira 0.5 batu nautika dari Terminal Kuala Perlis.