Nation
790

6 Ahli Parlimen selesai beri keterangan

Kuala Lumpur – Setakat ini, enam Ahli Parlimen sudah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen lain berhubung isu itu mengikut masa yang sesuai.

“Mereka ini akan dipanggil pada setiap hari,” katanya kepada Bernama.

Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan oleh pihak polis, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu