Social
349

6 lelaki ditahan bantu siasatan pukul warga asing

Kuala Lumpur – Polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam insiden memukul seorang lelaki warga asing di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kesemua warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun terbabit ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.

Beliau berkata seorang daripadanya telah dijamin polis semalam memandangkan dia merupakan pemilik premis di tempat kejadian.

“Manakala lima yang lain dibawa ke Mahkamah Kajang dan dibenarkan reman selama sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular sebuah video dipercayai dirakam berdurasi selama seminit 21 saat memaparkan seorang warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kaki lima sebuah kedai dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

Antara individu dipercayai terlibat insiden pukul terbabit ialah pengerusi sebuah persatuan dan beberapa pengikutnya. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu