Social
652
0

6 lelaki ditahan rogol wanita

Johor Bahru – Polis menahan enam lelaki berumur antara 18 dan 25 tahun yang disyaki merogol seorang wanita berumur 29 tahun sekitar sini, hanya beberapa jam selepas menerima aduan daripada wanita berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata wanita berkenaan pada mulanya diajak keluar oleh seorang suspek pada hari Ahad pukul 6.00 petang, sebelum dibawa suspek yang baru dikenalinya menerusi aplikasi Wechat sekitar bulan lepas itu ke sebuah rumah di Jalan Jambu Mawar 5, Taman Muhibah Saleng dekat Kulai.

Beliau berkata wanita itu membuat panggilan kepada polis pada pukul 5.55 pagi keesokan harinya, dan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai kemudiannya menahan keenam-enam suspek menerusi serbuan di rumah berkenaan dan perkarangan Terminal Bas Kulai, antara pukul 8.50 pagi dan 1.50 petang.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu dirogol secara bergilir-gilir oleh kesemua suspek yang ada di rumah berkenaan. Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor turut hadir ke lokasi kejadian…  siasatan awal mendapati wanita itu mengenali salah seorang suspek menerusi aplikasi Wechat sekitar November lepas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya kesemua suspek ditahan reman sehingga 13 Dis dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan sebatan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu