Nation
63

6 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Enam lokaliti, masing-masing lima di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Sabtu ini hingga 24 Sept, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata di Sabah, lokaliti terlibat ialah Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman di kawasan Ranau serta Sekolah Henry Gurney di Keningau, Taman Sungai Labuk di Beluran dan Kampung Timug di Kudat.

Sementara di Pahang, ia melibatkan Kampung Kuala Koyan, Lipis.

Rodzi berkata beberapa kawasan PKPD di Dungun, Terengganu yang sepatutnya ditamatkan esok, dilanjutkan bagi tempoh sama sehingga 24 Sept.

Lokaliti terlibat ialah Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas.

Sementara itu, tiga PKPD di Sabah ditamatkan esok mengikut jadual ditetapkan iaitu Kampung Sungai Imam di Tawau, Kampung Kapakaan (Keningau) dan Kampung Paris 3 (Kinabatangan), lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu