Nation
53

6 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Enam lokaliti, masing-masing empat di Pahang dan dua di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini hingga 23 Sept, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata di Pahang, lokaliti terlibat ialah Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam di Jerantut; Kampung Batu 1 di Jalan Mentakab (Temerloh) dan Felda Keratong 8 (Rompin).

Di Sabah pula melibatkan Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih, masing-masing di Putatan.

Sementara itu beberapa PKPD di Sabah, Sarawak dan Pahang yang sepatutnya ditamatkan esok, kesemuanya dilanjutkan bagi tempoh sama hingga 23 Sept.

Lokaliti PKPD terlibat ialah Kampung Pengalat Kecil, Papar dan Kampung Lohan Ulu, Ranua di Sabah; Kampung Orang Asli Simpang Arang, Johor Bharu dan Kuarters Pekerja Sri Datai Minag Sdn Bhd, Mukah (Sarawak).

Dalam pada itu, PKPD di Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bharu ditamatkan hari ini manakala 10 PKPD di Sabah pula ditamatkan esok, masing-masing mengikut jadual ditetapkan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu