Nation
263

6 negeri kekal PKPB

Kuala Lumpur – Kerajaan mengekalkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan ini dibuat selepas kerajaan mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang menerima mendapati semua kawasan di enam negeri terbabit masih berada dalam zon merah.

“PKPB di negeri Semenanjung ini bermula 19 Mac sehingga 31 Mac manakala di Sarawak bermula hari ini sehingga 29 Mac.

“Sehubungan itu, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang mengikuti pelan gelembung pelancongan untuk negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) saja,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Terdahulu Ismail mengumumkan pertukaran status di Perak, Kedah dan Negeri Sembilan yang sebelum ini dikenakan PKPB, kepada status PKPP berkuatkuasa Khamis ini hingga 31 Mac. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu