Social
526

6 termasuk pemimpin politik ditahan

Ipoh – Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 10 hari Sabtu, lapor Bernama.

“Turut dirampas dalam serbuan itu ialah daun terup dan wang tunai berjumlah RM 1,774, ” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Azharuddin berkata kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu