Kuala Lumpur Post

Social

6 van, lori terjejas akibat mendapan tanah

KUALA LUMPUR — Sebanyak enam van dan sebuah lori terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong Utama 6, dekat sini, petang Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kejadian berlaku pada 6.46 petang berikutan hujan lebat, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata susulan itu, sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Puchong digegaskan ke tempat kejadian bagi memantau keadaan.

“Anggota bomba bertindak memastikan sekitar kawasan berada dalam keadaan selamat manakala kerja-kerja mengeluarkan kenderaan dari mendapan tanah diserahkan kepada pihak MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian,” katanya kepada Bernama.

Tags: , ,