Nation
66

66% kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya

Kuala Lumpur – Sejumlah 66 peratus atau 38 daripada 58 kawasan yang terjejas bekalan air di Kuala Lumpur dan Gombak sudah menerima bekalan sepenuhnya sehingga jam 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata pemulihan di kawasan Gombak adalah 100 peratus, manakala 57 peratus di Kuala Lumpur dengan 20 kawasan masih belum pulih.

Beliau berkata, gangguan bekalan air itu disebabkan kerja penggantian injap pada saluran paip air mentah daripada Empangan Klang Gate yang menyebabkan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air di Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada Selasa lalu.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Status pemulihan bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawangnya www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram atau dengan menghubungi pusat panggilan di talian 15300. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu