Nation
329

69 tapak pembinaan diarah tutup

Kuala Lumpur – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menutup 69 tapak pembinaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sekatan pergerakan penuh bermula1 Jun lalu sehingga semalam.

CIDB dalam kenyataan media, berkata sebanyak 1088 tapak pembinaan sudah diperiksa sepanjang 10 hari sekatan penuh pergerakan dilaksanakan.

“Daripada 1088 tapak pembinaan, 944 daripadanya tidak beroperasi. Sebanyak 75 tapak pembinaan didapati mematuhi SOP manakala baki 69 tapak pembinaan diarah tutup kerana pelanggaran SOP,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penggiat industri pembinaan perlu mematuhi SOP sekatan pergerakan penuh atau berdepan penutupan tapak pembinaan jika didapati tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Garis panduan SOP sekatan pergerakan penuh boleh dimuat turun dari www.cidb.gov.my.

Kontraktor yang melanggar peruntukan Akta 520 dan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990), boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor.

Tindakan penggantungan dan/atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan/atau dikenakan penalti tidak melebihi RM500,000 dan/dikeluarkan mana-mana arahan yang wajar dari CIDB. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu