Nation
188

7 daerah di Kelantan dikenakan PKP

Kota Bharu – Tujuh daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 16 April sehingga 29 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, daerah yang terlibat dengan pelaksanaan PKP adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

“PKP dikecualikan di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Rentas daerah juga tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Kelantan mencatatkan sebanyak 226 kes Covid-19 hari ini iaitu 219 melibatkan kes tempatan, dua kes import dan lima kes penjara.

Daripada jumlah keseluruhan kes baharu, 79 kes dikesan di Kota Bharu, Tumpat (69 kes), Kuala Krai (8), Bachok (8), Pasir Puteh (5), Tanah Merah (4), penjara (5), Jeli dan Machang masing-masing satu kes.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Kelantan ketika ini sebanyak 7,506 kes. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu