Nation
126

7 individu dipanggil beri keterangan berkaitan himpunan 21 Ogos

Kuala Lumpur – Tujuh aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan perhimpunan #Lawan pada 21 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan kesemua mereka hadir di IPD berkenaan.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beberapa individu lain akan turut dipanggil dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada 7 Ogos lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan itu.

Acryl Sani menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu