Nation
170

7 lagi lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Enam lokaliti di Sabah dan satu di Pahang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Selasa hingga 31 Ogos, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik; Kampung Sri Aman Batu 3 1/2, Jalan Apas; Kampung Hidayat, Batu 4; Taman Semarak Jaya; Lorong Damai, Jalan Damai dan Lorong Haji Marzuki, Jalan Damai di Tawau, manakala di Pahang hanya melibatkan Kampung Luit di daerah Maran.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perlaksanaan PKPD, hari ini.

Sementara itu PKPD di Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah, Sarawak dan Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong di Raub, Pahang yang masing-masing dijadualkan tamat esok, kedua-duanya dilanjutkan sehingga 31 Ogos.

Rodzi berkata terdapat 10 lokaliti PKPD di Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang ditamatkan esok, mengikut jadual.

Lokaliti itu melibatkan PKPD di Kampung Selagon dan Kampung Binsulok di Beaufort, Sabah; Kampung Bintawa Hilir, Kuching (Sarawak) serta Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram di Mukim Bandi, Kemaman (Terengganu).

Turut ditamatkan PKPD Kampung Bedu, Kampung Pamah, Sungai Klau dan Sungai Chalit di Raub, Pahang, manakala di Kelantan melibatkan PKPD Kampung Belian, Mukim Sungai Pinang di Tumpat serta Kampung Tok Sadang, Mukim Badang (Kota Bharu), lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu