Social
107

7 lelaki ditahan larikan mesin bitcoin

Kuantan – Tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan memecah masuk kedai dan melarikan mesin bitcoin bernilai RM50,000 di Kampung Sungai Karang Pantai di sini, hari ini.

Suspek berumur antara 22 hingga 37 tahun itu ditahan ketika mengangkat peralatan terbabit ke dalam sebuah lori pada jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, penahanan tujuh lelaki itu dilakukan oleh sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas COVID-19 dan Pencegahan Jenayah dari Balai Polis Beserah.

Katanya, ketika kejadian, pasukan berkenaan kebetulan melakukan pemantauan di sekitar kawasan terbabit.

“Semua suspek yang berasal dari bandar ini dan tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebatan.

“Seksyen 28 (1)(i) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah boleh dipenjara enam bulan atau denda jika disabitkan kesalahan.

“Polis turut merampas 66 mesin bitcon dianggarkan bernilai RM50,000, sebuah lori dan kereta serta peralatan pecah rumah.

“Siasatan juga mendapati tujuh lelaki terbabit juga mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah dan ditahan reman sehingga 22 Mei ini bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Beliau berkata, kompaun RM2,000 turut dikeluarkan setiap suspek kerana didapati turut melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kompuan dikenakan kerana semua suspek melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 kerana berkumpul di tempat awam,” katanya. – BH Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu