Nation
126

7 lokaliti di tiga negeri dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Empat lokaliti di Sabah, dua di Kelantan dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 3 Sept, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata, PKPD di Sabah melibatkan Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus, Telupid; serta Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan, Beluran.

Lokaliti yang dikenakan PKPD di Kelantan adalah dua perkampungan Orang Asli di Pos Blau, Gua Musang melibatkan Kampung Blau dan Kampung Batang, manakala Pahang pula membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Bentong.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai PKPD hari ini.

Rodzi berkata PKPD di Taman Nilam (Zon Biru), Mukim Kuah, Langkawi, Kedah; Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Sabah; serta Kompleks Penjara Bentong termasuk Kuarters, Bentong, Pahang pula dilanjutkan hingga 3 Sept.

Selain itu, PKPD di Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat, Kelantan; Perumahan Kilang Sawit Veetar, Tongod Sabah; serta FELDA Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis, Pahang ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Menurut Rodzi, kesemua keputusan diambil setelah MKN meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu