Nation
184

7 lokaliti termasuk 5 di Sabah dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di lima lokaliti di Sabah dan dua di Kedah mulai Sabtu ini (26 Jun) sehingga 9 Julai, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor Bernama.

Beliau berkata di Sabah lokaliti terlibat ialah Kampung Muhibbah, Menggatal di Kota Kinabalu; Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan (Tawau); Kampung Kuala Merotai (Kalabakan); Kampung Tahak, Membakut (Beaufort) dan Flat Indah Jaya (Sandakan).

Di Kedah pula, PKPD membabitkan Politeknik Sultanah Bahiyah di Kulim dan Kawasan Perindustrian Bestgrade di Pokok Sena.

“Pelaksanaan PKPD dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membendung jangkitan dari lokaliti ke kawasan lain dan memudahkan pemantauan ke atas penghuni yang dikuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa lokaliti PKPD di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Negeri Sembilan ditamatkan mengikut jadual dan lebih awal daripada yang dijadualkan berikutan terdapat penurunan kes dengan kluster yang terkawal selain semua kes positif telah menerima rawatan.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu