Nation
274

741 calon STPM 2020 peroleh PNGK 4.00

Petaling Jaya – Seramai 741 atau 1.72 calon peratus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00.

Daripada jumlah itu, 554 atau 74.76 peratus adalah daripada golongan B40, kata Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly.

“Daripada 741 calon mendapat PNGK 4.00, 23 calon dapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran dan 718 calon telah mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.

“Pencapaian PNGK calon bandar didapati masih mengatasi calon luar bandar masing-masing 2.80 dan 2.78,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya hari ini.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu