Nation
150
0

78 pelatih PULAPOL positif COVID-19

Kuala Lumpur – Seramai 78 daripada 525 pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini, yang menjalani ujian saringan dikesan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata kesemua mereka sudah diarahkan kuarantin dan diasingkan untuk rawatan lanjut.

“Semua asrama berkaitan disanitasi untuk proses nyah kuman. Tiada pergerakan keluar dan masuk dibenarkan, kecuali untuk mendapatkan barang keperluan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) turut memantau perkara ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes positif baharu COVID-19 di Malaysia mencatat angka tertinggi baharu apabila sebanyak 5,725 kes dilaporkan semalam.

Kes kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 203,933, manakala jumlah kes aktif ketika ini sebanyak 45,478. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu