Social
216

8 ditahan tipu dokumen pinjaman bank berjumlah RM4.7 juta

Kuala Lumpur – Polis melumpuhkan sindiket menggunakan dokumen palsu untuk permohonan pembiayaan peribadi membabitkan kerugian RM4.7 juta selepas lapan lelaki termasuk enam pegawai institusi kewangan ditahan dalam operasi pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua mereka ditahan dalam operasi berasingan sekitar Lembah Klang dan polis merampas lapan telefon bimbit serta beberapa slip gaji peminjam yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menyasarkan individu yang tidak layak membuat pinjaman sama ada telah disenarai hitam atau tidak mempunyai punca pendapatan tetap.

“Sindiket ini akan menyediakan dokumen sokongan seperti surat lantikan kerja dan penyata kewangan yang palsu bagi melayakkan peminjam mendapat pembiayaan itu.

“Kakitangan institusi kewangan yang mempunyai kaitan dengan sindiket ini akan meluluskan pembiayaan tanpa membuat pemeriksaan dan pengesahan teliti ke atas dokumen itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Azmi berkata purata kadar pinjaman yang dimohon peminjam adalah RM150,000 seorang dan hanya menerima 30 peratus daripada jumlah pembiayaan.

Jelasnya, sindiket akan menyimpan baki pembiayaan dengan alasan mereka akan membayar ansuran bulanan selama 20 bulan dan selebihnya adalah komisen atas kerja yang dilakukan mereka.

Menurut Azmi siasatan awal mendapati sindiket terbabit aktif sejak 2019 dan polis kini sedang mengesan 34 individu untuk membantu siasatan kes itu.

“Kesemua 34 yang dikesan terdiri daripada 12 wanita dan 22 lelaki berusia antara 24 hingga 45 tahun…ada antara mereka ini tidak bekerja dan berniaga serta beralamat di dalam dan luar Kuala Lumpur.

“Polis berjaya tangkap dalang sindiket ini dan percaya masih ada lagi yang terlibat…kami harap 34 individu ini akan tampil bagi membantu siasatan,” katanya. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu