Kuala Lumpur Post

Social

8 lelaki bergaduh di premis hiburan ditahan

KUALA LUMPUR — Lapan lelaki berusia 26 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian yang membabitkan sekumpulan individu itu pada jam 10.07 malam.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati dalam urusan perniagaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, tiga individu yang direman selama sehari telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima lagi direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 45 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di kawasan parkir premis hiburan.

Tags: , ,