Nation
264

8 lelaki terlibat pencemaran Sungai Tawakal direman

Johor Bahru – Lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung pencemaran Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman, Seelong di sini tiga hari lepas direman selama tiga hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Dr Mohd Famey Yusoff berkata mereka dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan reman di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Suhaila Shafi’uddin.

“Siasatan lanjut dan rakaman percakapan akan dibuat ke atas kesemua yang disyaki,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata seorang lagi lelaki yang turut ditahan telah selesai memberi keterangan kepada JAS namun akan terus disiasat oleh pihaknya.

Semalam, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sembilan lelaki terdiri daripada lima warga tempatan dan empat warga asing berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.

Beliau berkata JAS juga telah mengumpul bahan bukti, mengenal pasti tempat kejadian serta menahan kesemua yang disyaki terlibat dalam insiden itu sejak tiga hari lepas sekali gus melengkapkan siasatan bersama agensi berkaitan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu