Social
728

8 rumah, gereja musnah dalam kebakaran

Penampang – Sepuluh keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan lapan rumah jenis tidak kekal dan sebuah gereja yang sedang dalam pembinaan di Kampung Babah Bunduon di sini, pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.48 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

“BBP Kota Kinabalu turut digerakkan bagi membantu operasi pemadaman dan api berjaya dikawal pada 9.20 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Misran berkata insiden turut memusnahkan tiga kenderaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu