Social
130
0

9 dicekup polis berjudi ketika PKP

Arau – Enam termasuk tiga wanita warga tempatan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rambai Padang Siding, Arau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata kesemua enam individu berumur antara 28 hingga 61 tahun itu ditahan ketika sedang leka bermain judi pada kira-kira 8.00 malam.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah beberapa peralatan judi dan wang tunai RM722. Kesemua suspek didapati dengan sengaja tanpa alasan munasabah ingkar arah PKP,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nanda berkata kesemua suspek dan bahan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu