Nation
468

9 lagi kes positif Covid-19 di Parlimen : KP Kesihatan

Petaling Jaya – Sembilan lagi kes positif COVID-19 yang dikesan di Parlimen, menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen pada 26 sehingga 28 Julai lalu dan dia disahkan positif Covid-19 semalam.

“Kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai 2021 menggunakan ujian kendiri RTK Antigen (Ag) saliva kerana beliau mengalami gejala batuk.

“Siasatan kes mendapati kedua-dua kes ini tiada kaitan dengan mana-mana kes positif yang dikesan dalam saringan petugas-petugas Parlimen yang dijalankan tiga hari sebelum Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bermula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, kedua-dua kes juga negatif Covid-19 apabila saringan dilakukan ke atas mereka sebelum bertugas di Parlimen.

Katanya, penilaian risiko berdasarkan maklumat siasatan awal serta sejarah pergerakan kes, didapati kedua-dua kes tersebut dikhuatiri telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh Sidang Mesyuarat Khas Parlimen.

“Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menasihatkan semua yang hadir dan berada di Parlimen bermula pada 26 Julai 2021 untuk menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit,” katanya.

Menurut beliau, sehingga pukul 8 malam semalam, seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit.

“Sebanyak dua daripada 10 kes positif tersebut mengalami gejala ringan tetapi stabil, manakala lapan kes tidak bergejala. Pejabat Kesihatan akan menyusuli selanjutnya ke atas 10 kes positif ujian saringan pengesanan Covid-19 tersebut,” katanya.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu