Nation
229

9 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di enam lagi lokaliti di Sabah dan di tiga di Pahang mulai Khamis ini hingga 8 Sept.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata lokaliti dikenakan PKPD di Sabah membabitkan Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2, Lorong Saddani di Tawau, serta Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut di Kota Belud.

Perintah itu juga dilaksanakan di kuarters Kilang Mee Tien Hock di Penampang dan Taman Sri Panglima di Beaufort.

Sementara PKPD di Pahang membabitkan tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong dalam Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands.

Rodzi juga berkata enam lokaliti PKPD di Sabah yang sepatutnya tamat esok pula dilanjutkan ke 8 Sept.

Enam lokaliti yang dilanjutkan tempoh PKPD itu terdiri daripada Kampung Pulau Penampang, Kampung Gudon di Manggatal dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu; Kampung Menunggui (Kota Belud); Kampung Tengah, Kinarut (Papar) dan Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru (Ranau).

Sementara itu, 18 lokaliti yang ditamatkan PKPD esok membabitkan Felda Jengka 25, Temerloh dan Felda Tersang 1,2 dan 3, Raub (Pahang); Ladang Kerilla, Tanah Merah dan Kampung Kubang Sawa, Tumpat (Kelantan).

Turut ditamatkan adalah sejumlah lokaliti di Sabah iaitu Bandar Sierra, Kampung Kalansanan, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya dan kuarters Kilang J&L, Jalan Kokol di Kota Kinabalu; Kampung Petagas (Putatan); Kampung Pogunon (Penampang); dan Kampung Batu 1 (Sipitang).

Penamatan PKPD juga membabitkan Kampung Bukit Kukusan (Tawau); Kampung Batu-Batu (Tenom); Kampung Tempasuk 1 dan Kampung Tambulaung (Kota Belud) serta Kampung Tagibang (Kota Marudu), lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu