Nation
181

9 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Lapan lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 16 hingga 29 Ogos ini, ekoran penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya di Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang (Ranau) serta perumahan Ladang Excellent Challenger II (Beluran).

Selain itu, Pekan Donggongan, Penampang (Blok G, H, K, L, Megalong dan kawasan perbandaran Donggongan Fasa 2); Kampung Sembirai Lebak Engad (Kota Belud) serta Kampung Tuhau, Matunggong (Kudat).

“Di Pahang, ia melibatkan Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highlands,” katanya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

Dalam pada itu, PKPD di Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu, yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan dari 15 hingga 28 Ogos.

Hishammuddin berkata PKPD di 10 lokaliti di Sabah, Pahang dan Selangor pula tamat seperti dijadualkan, setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa di kawasan terbabit.

Beliau berkata, lokaliti di Sabah membabitkan Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Rakyat Baru dan Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom di Kota Kinabalu; Kampung Tinusa 2 (Sandakan) serta Lorong 3 Kampung Klias Baru dan Kampung Melulugus (Beaufort).

Selain itu, ia turut melibatkan Bandar Melati dan Ladang Senang di Rompin, Pahang serta Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara di Selangor.

Mengenai tindakan terhadap pihak yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, beliau berkata 96 premis diarah tutup serta-merta, manakala 149 individu dikompaun dan enam direman.

Katanya Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,415 anggota, telah melaksanakan 77,326 pemeriksaan bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara semalam, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu