Social
259

9 pelacur ditahan, tawar khidmat seks RM1,000 sejam

Kuala Lumpur – Polis menahan sembilan wanita warga asing yang dipercayai terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan dalam enam serbuan berasingan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini, semalam.

Serbuan bermula jam 2 petang hingga 6.30 petang itu dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hasil maklumat berhubung kegiatan pelacuran yang berlaku di kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tangkapan terdiri daripada dua wanita warga Uzbekistan, Filipina (dua), Belarus (dua) dan masing-masing seorang warga Russia, Iran dan Ukraine.

“Kita turut merampas 26 kondom, lima botol minyak pelincir, 13 telefon bimbit, lima alat mainan seks, tujuh kad akses, mata wang Amerika Syarikat (AS) berjumlah USD1,900 (RM7,869) dan mata wang Malaysia berjumlah RM31,513.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek mampu meraih pendapatan antara RM3,000 hingga RM6,000 sehari dan mengenakan kadar bayaran RM1,000 kepada pelanggan untuk setiap sejam perkhidmatan seks,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, siasatan turut mendapati kesemua wanita terbabit dipercayai menawarkan sendiri khidmat seks mereka kepada mana-mana pelanggan yang berminat.

“Semakan mendapati ada di antara suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ada juga yang berada di negara melebihi masa yang dibenarkan.

“Kesemua suspek dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjutan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya. — BH Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu