Nation
298

9 pemimpin wanita barisi Kabinet baharu, 2 bertukar portfolio

Kuala Lumpur – Jumlah pelantikan pemimpin wanita bagi menganggotai Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyamai bilangan Kabinet sebelum ini iaitu sembilan Ahli Parlimen.

Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini berkata lima Ahli Parlimen yang diberi kepercayaan menjawat jawatan menteri ialah Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi); Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).

Sementara itu, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin, kini diberi kepercayaan menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bagi jawatan timbalan menteri pula, Ismail Sabri melantik Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); Datuk Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Selain itu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu