Social
348

9 produk krim muka diharamkan masih dijual secara online

Georgetown – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan terdapat sekurang-kurangnya sembilan produk krim muka yang diharamkan penggunaannya masih dijual secara terbuka menerusi platform aplikasi beli-belah popular ketika ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menggesa pihak berkuasa supaya melarang laman sesawang e-dagang daripada menjual produk kosmetik yang diharamkan tersebut.

Ujarnya, produk-produk yang dikesan pihaknya itu berada dalam senarai pemberitahuan produk kosmetik yang dibatalkan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mengandungi merkuri dan bahan kimia berbahaya lain.

Jelas beliau, selain dijual secara berasingan krim muka itu juga didapati dijual dalam satu set dengan produk kosmetik lain daripada jenama yang sama seperti sabun dan pelembap.

“Produk kosmetik pencerah kulit yang mengandungi merkuri mendedahkan risiko bahaya kepada pemakainya.

“Merkuri dalam produk pencerah yang mampu meresap melalui kulit bukan sahaja boleh merosakkan kulit, malah buah pinggang dan sistem saraf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohideen, CAP menggesa pihak berkuasa menguatkuasakan segera pengharaman produk itu dengan mengambil tindakan terhadap laman sesawang e-dagang yang menjualnya.

Tindakan itu jelasnya, termasuk mengenakan denda dan mengeluarkan senarai produk bagi produk kosmetik yang diharamkan, lapor Kosmo Online.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu