Nation
155

91.4% dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

Kuala Lumpur – Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat jam 11.59 malam tadi, meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus, pada Khamis lalu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,260,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 174,732 dos vaksin diberikan membabitkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lalu meningkat kepada 46,633,404.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam, sejumlah 20.2 peratus atau 637,079 orang sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 77.5 peratus atau 2,439,727 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lalu, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu