Nation
88

94.9% populasi dewasa lengkap divaksin

Kuala Lumpur – Sejumlah 22,214,024 individu atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dos vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,819,122 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 108,821 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 44,084 suntikan dos lengkap, 6,342 dos pertama dan 58,395 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,527,937.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,390,929 atau 76 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 86.4 peratus atau 2,719,497 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 565,629 dos, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu