Nation
81

95% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

Kuala Lumpur – Sebanyak 95 peratus atau 22,228,388 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.6 peratus atau 22,828,481 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, sebanyak 75.5 peratus atau 24,642,379 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, 116,642 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 30,700 suntikan dos lengkap, 7,877 menerima dos pertama dan 78,065 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,656,181.

Setakat semalam sebanyak 2,413,991 atau 76.7 peratus individu remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.5 peratus atau 2,722,418 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 644,664, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu