Nation
203

98 kru kapal KD Mahawangsa disahkan positif Covid-19

Kuala Lumpur – Kementerian Pertahanan mengesahkan seramai 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa positif COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua anak kapal berkenaan menjalani ujian RTK Antigen COVID-19 sebelum menaiki kapal berkenaan dan didapati negatif.

“Selepas berada beberapa hari di dalam kapal mereka didapati positif, setakat ini semua anak kapal terlibat tidak mengalami sebarang simptom dan mereka telah diasingkan dan kini menjalani kuarantin.

“Insya-Allah selepas 10 hari mereka akan menjalani ujian PCR dan jika negatif mereka akan dibenarkan keluar,” katanya pada sidang media melepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang. — Bernama

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu