Nation
169

987 ditahan ingkar SOP PKP

Petaling Jaya – Seramai 987 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 939 individu dikompaun, 47 direman manakala
seorang lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka sebanyak 218 kes, rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran serta makan di premis (196) dan gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (135).

“Kesalahan lain ialah membawa penumpang berlebihan (127), tiada penjarakan fizikal (125), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (68), aktiviti pusat hiburan (35), premis gagal patuhi arahan (12) dan lain-lain (71),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, Ops Benteng dijalankan semalam pula mencatatkan penangkapan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sebuah kenderaan darat dirampas.

“Sebanyak 184 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan,” katanya yang turut memberitahu, sebanyak 916 sekatan jalan raya dijalankan semalam. – Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu