Nation
63

Abdul Hadi semakin pulih

Kuala Terengganu – Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), semakin pulih.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dijangka dibenarkan keluar daripada IJN dalam masa terdekat, lapor Bernama.

“Keadaan beliau (Abdul Hadi) semakin pulih. Pada saya beliau dalam keadaan ceria dan teruja untuk segera kembali bersama dengan masyarakat,” kata Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS, kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin secara ‘Outreach’, anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan Kesom, di sini.

Pada 6 Jun, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi memaklumkan, bapanya dimasukkan ke IJN sejak beberapa hari selepas mengadu kurang sihat.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu