Nation
212

Abdul Hamid serah tongkat kuasa KPN kepada Acryl Sani

Kuala Lumpur – Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa esok.

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tongkat Kuasa jawatan berkenaan diserahkan kepada Acryl Sani sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu