Nation
127
0

ADUN Galas positif Covid-19

Gua Musang – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim disahkan positif COVID-19, hari ini.

Susulan itu, Mohd Syahbuddin dan isterinya, Nor Azila Sidi Ahmad yang turut disahkan positif ditempatkan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Dalam Facebooknya hari ini, beliau memohon maaf kepada semua penduduk Galas berhubung perkara itu

“Abe Din (Abang Din) pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan, puan yang terpaksa kena ‘swab test’ dan mungkin terkena jangkitan,” katanya.

Semalam, ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusof disahkan positif selain Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang kini turut menjalani rawatan di HSIP.

Gua Musang antara daerah di Kelantan yang diisytiharkan zon merah susulan penularan COVID-19. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu